Apa kena mengena tag line Nike kat atas nih...? Entah aku pun tak tahu. Oh yeah, Nike cara sebutan dia Nai-Ki ye, bukan Na-Ik macam aku selalu dengar member-member aku cakap. Followers aku bijaksana semua, tak sebut cara salahkan...? KAN....!? Sape sebut Na-Ik sila lempang diri sendiri, sekian terima kasih.
Baru abes layan vlog kat TiubKamu. Tau tak vlog tuh apa...? Vlog stands for Video bLOG. Alaaa.... Kalau korang nih blogger sejati, mesti tahu vlog tuh apa punyer.
This got me thinking, best gak ada vlog. Hamboi aiman? Blog pun tak ramai orang husya, ada hati nak buat vlog. Yelar.... Aku tak hawt macam vloggers2 kat TiubKamu tuh... Diorang dok oversealah... kat Sydney, kat Sheffield, Aku...? Kat UiTM Melbourne jak. So what....? Aku nak buat apa suka hati akulah.... Bukan pakai duit Pak Hang pun. Ok agak kasar, ampun maaf dipinta. Aku tak decide lagi nak buat vlog, kalo aku bosan dan ada masa, aku buatlah, kalo tak, tak lah.
Sekarang minggu terakhir aku kat UiTM Melbourne nih, lepas nih cuti sem selama sebulan lebih kewt. Masa cuti aku dimanfaatkan oleh beta semaksimum yang mampu. Aku nak amek lesen. Tak nak bergantung pada orang lain yang ada lesen untuk keluar gi SP, leceh dan remeh dan letih dan heh. Aku masa cuti lepas SPM tuh ada try amek lesen, tapi tak lepas, aku rabun warna...(cacat penglihatankan...? Boleh apply alaun OKU... Nyahahaha), jadi masa ujian komputer aku tak lepas, dan aku macam hilang semangat nak sambung amek lesen. Sekarang, tidak lagi, aku nak sangat-sangat lesen sendiri, mudah urusan aku.
letak gambar dan nama aku ok.
Itu saja kewt... Aku nak sambung tido ar... Semalam aku tido kejap jak, aku study weh... Gila ko aiman? yang maha malas nih nak study. Exam start pukui 9, aku pulak bangun pukul 8.40. Hamek ko...! Kelam kabut aku tadi, aku tak mandi pun tadi, aku cuma basuh muka dan kunyah ubat gigi sebab dah terlampau lambat, baju aku pakai exam tadi dah seminggu aku sangkut tak berbasuh, serius spontan jak tadi. Tapi nasib baik sempat masuk dewan, kalo tak... Habis kena repeat pulak subjek VCL 105, dah ah subjek liberal, banyak bebenor nak baca, tak gemor kawan.
Nampak awex cun yang gebu lagi tembam kat sebelah nih, muka dia naik periksa okey... Periksa tanya tajuk lukisan dan artis dia, ada beberapa lagi lukisan yang kuar, aku letak mana yang aku ingat. Banyak gak ar lukisan, arca, bangunan yang keluar, nasib baik aku dah baca, kalo tak memang masak ar...
Venus of Laussel, mewah betul minah nih... ;P
The Persistance of Memory, freakeeeey....
Harvester Vase, dari zaman Minoa.
Whoops....! Bateri iPad aku dah nak abes, sebelum entry nih hilang, baik aku post dulu. Bye, assalamualaikum...!
-.-






No comments:
Post a Comment