Ok2 aku nak update pasal life aku kat UiTM Kedah. Aku dah tulis beberapa bulan lepas yang aku ambil Diploma Seni Lukis dan Seni Reka atau dengan bahasa penjajah dia, Diploma in Art and Design. Aku ambil subjek Industrial Design. Dalam AD(shortform bagi Art and Design, panggilan manja kitoranglah kira), ada banyak pilihan subjek. Ni beberapa yang aku ingatlah. Ada Industrial Design, Graphic Design, Fashion Design, Fine Art, Photography, Metal Works dan beberapa lagilah, nak tahu lebih lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-300-235-23(bdk-ad), atau Lebai Google sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Nak masuk AD kena interview ok, dia suruh lukis bendalah, kena soal siasatlah, kena test matalah, macam nak jadi askar, cuma dia tak suruh bogel jak. Aku tahu persepsi orang terhadap budak AD, diorang rasa kitorang nih kurang bijak, sebab tuh ambil senikan? Memang kriteria kemasukan dia rendah, tapi dalam AD dia tak tengok ko bijak ke budus ke, genius ke, MENSA ke, dia tengok BAKAT dan KERAJINAN ko. Ko ada dua nih, senanglah hidup ko nak habiskan 5 sem. Oh yeah, KETELITIAN dan DISIPLIN pun penting dalam AD nih.
Kat kampus aku, UiTM Merbok, Kedah, ada dua kursus AD, kat sini ada kursus yang aku ambil(IDE, shortform lagi) dan kursus Graphic Design(panggil Graphic jak). Oh yeah, aku tak explain lagi apa yang aku belajar kat sini. Aku belajar design produk, perabot dan kenderaan. Dalam kursus aku ada tiga major nih, pilih ikut suka hati mana satu yang sesuai dengan diri dan yang korang minat masa sem tiga nanti. Macam aku, aku minat kat furniture dan transport, tapi aku tak decide lagi, kecenderungan aku kat transport, tapi kita tengok dulu, banyak masa lagi mar.
Ada orang tuh cakap budak Dip lepak. Itu bergantung pada kursus ok. Kursus aku, lepak tiada dalam senarai. Tidur pun sama gak, you snooze, you loose. Kalo tidur malam, habis assignment tak siap. Kenapa kitorang tak buat masa siang ek? Sebab siang kelas mar, kelas sekali 5 jam secara tunai kat studio yang panas. Personally, aku paling benci hari Ahad. Kat Kedah, hari minggu adalah Jumaat dan Sabtu ok. Ahad, aku ada kelas dari pagi(10am) sampai malam(11pm). Break antara subjek, dapatlah dua hingga empat jam, masa free tuh..... Untuk buat assignment ok.... Korang tak faham betapa sibuknya kitorang nih. Aku cuba listkan senarai subjek dan assignment dia sekali ok. Aku ada 9 subjek ok.
Drawing. Tonal drawing, hatching techniques
Visual Research Positive negative, ambiguous, arabesque
Rendering. Product usage, evolution
Model Making Techniques. Computer mouse, pencil holder, bottle
Art Appreciation Notes to memorize
Cultural Studies. See Art Appreciation
Agama Islam Nota lagi, hafazan
Bahasa Inggeris Essay, grammar, boring stuff
Kesatrian Kawad, ujian bertulis
Hampir semua assignment kat atas nih due minggu depan. Assignment berlambak, itu sebab aku dah mula abaikan blog aku nih, aku tak suka abaikan benda, tapi something has got to give. Masa mula sem nih, aku optimis lagi, happy lagi, masa pun banyak lagi, boleh lepak-lepak lagi, jalan ke hulu ke hilir, sewa kereta gi explore Sungai Petani. Sekarang, kitorang sewa kereta nak pergi kedai hardware, beli kayu, beli besi, beli dawai, beli cat, beli board. Enjoy memang kurang sangat, tapi aku memang selit masa untuk aku let go sikit. I really need it.
Aku tak cerita lagi pasal assignment dinosaur. Assignment untuk subjek Visual Research. Kitorang kena buat dinosaur guna dawai, saiz minimum 1.5 kaki panjang dan tinggi. Maximum tak kisah. Macam aku punya, aku buat Stegosaurus.

Nih dino yang aku pilih. Aku kena buat struktur dia guna dawai, pastu kena lilit dia from head to toe dengan dawai gak. Sirip-sirip dia pun guna dawai gak. It was hell I tell you. Habis jari jemari aku yang lembut lagi halus bak sutera nih, kena calar, cucuk, tikam, kelar dengan dawai yang tajam lagi tebal. Kulit melecet, tangan merah sebab lebam nak potong dawai tebal guna playar yang tak nak jadi playar(tumpul). Habis dekat RM 100 aku belanja untuk buat assignment nih, nak beli dawai bukan murah ok, beli cat spray lagi, tuh tak kira minyak, upah sewa kereta nak gi hardware lagi. Aku cakap betullah, kalau ko masuk AD, takde enjoy nyer duit PTPTN tuh, habis buat assignment jak.

Dah hampir siap dah, tinggal nak cat jak. Ingat senang nak lilit rapat-rapat macam tuh...? Oh!Tidak. Tiga minggu beb, lilit, pintal, balut. Sweat and blood, people.

Nampak lenggok badan dia...? Aftertought tuh.

Dah siap cat, inilah hasilnya. RAWR....!!!!! My hardwork nih, my baby, my precious, my Milah. Mula-mula aku benci giler dengan dino nih, macam tak siap-siap, aku dah naik bosan dah buat ko, tapi lama, jadi sayang pulak, jadi attached kewt,

Warna-warni dino aku, aku saja nak buat striking giler warna dia, bagi orang perasan yang aku punya dulu, create tension. Ada orang panggil Milah dino Paul Smith, sebab warna-warni. Saiz dia, hampir 1 meter panjang, dua kaki setengah tinggi, berat dalam 5 kilo, termasuk base dia, kayu keras tuh, aku kutip kat bengkel free jak.

Okey aku dah mula taksub dengan dino nih. Hasil titik peluh dan darah aku nih.
Hasilnya, aku dapat A dalam assignment nih. Milah akan ditempatkan di galeri fakulti aku. OH YEAH....!!!! Ada lagi 6-7 dino yang bertuah gak, tapi takde yang lebih besar daripada aku punya.
Nih baru satu assignment. Empat subjek pertama dalam senarai kat atas tuh ada assignment yang tidak kurang hebatnya.
Sekarang aku nak buat assignment Rendering pulak. Projek sekarang dia panggil evolution. Aku kena cari satu subject matter dan jadikan benda buatan manusia daripada subject tuh. Nih kerja aku yang tak siap lagi, otw nih.

Faham tak, dari ulat gonggok, slowly dia jadi monorel. Rendering pakai pen ok, warna pakai marker spesial, harga beratus2. Hellish kewt kursus aku nih.
Bagi kursus lain dan asasi, mungkin korang stres sebab pakai mental banyak, kitorang budak AD stres sebab pakai mental, fizikal, stamina. Tapi kitorang still tak lemau, kitorang aktif, fakulti aku ada banyak aktiviti. Macam-macam benda boleh buat, memang 24 jam sehari tuh tak cukup. Aku dok kat sini rasa seminggu tuh macam cepat sangat berlalu, tau2 dah hari Khamis/Jumaat.
Pernah gak aku rasa nak berhenti, stres kewt, pernah pensyarah aku mengamuk dalam studio, dia marah-marah pasal dino lah, malu kewt aku, sebab studi tuh bukan satu kelas jak pakai, ada 5 kelas laon yang pakai dalam masa yang sama. Diorang semua dok husya kitorang kena bakar dengan pensyarah. Tapi bila difikirkan, ini cita-cita aku, aku yang mintak kursus nih, sabaq ja naaa.
Oh yeah, aku lupa nak cakap, aku type blog nih seratus peratus guna iPad. Review iPad coming up.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment