Sekarang aku tengah baring-baring atas lantai kat dalam bilik aku, korang nampak Location aku update blog aku? B310 tuh bilik aku. Bilik aku ni kat hujung sekali, terceruk sikit kat aras aku.

Depan pintu aku ada dinding, kalau kat bilik lain, nampak ampaian. Ampaian ni nampak macam benda simple jak, ye lar function dia cuma untuk sidai baju jak kan? Pastu bila baju dah kering, angkat dan lipat, letak dalam locker, dan lupakan, minggu depan baru pakai semula, and the cycle goes again. Tapi, kalau tiada ampaian, the cycle will be interrupted, right? Itulah masalah bilik aku, tiada ampaian sendiri. Macam benda remeh temeh jak kan?
Oh!Tidak. Tak remeh langsung. Ok ok, aku jenis yang basuh baju aku seminggu sekali, dok peram baju busuk tuh sampai jadi pekasam, pastu baru basuh. Bukan aku tak nak basuh baju tu kerap sikit, tapi sekali pakai mesin nak basuh baju, RM2.50 kena caj, duit syiling sahaja ye kanak-kanak. Macam kedekut dan malas sangatlah pulak aku nih, ala bro, 2.50 jak, makan lagi mahal mar, kalau kedek sangat, basuh tanganlah, sambil tu boleh bersenamkan? Aku ni jenis yang banyak cekadak sikit, aku kalau buat benda, mesti nak overkill sikit, buat benda terlebih sikit. Baju bawa terlebih, jadi baju aku banyak. Bila baju banyak, pastu aku peram pulak seminggu, mestilah bertimbunkan? Pasal RM2.50 tuh, korang kena ingat, aku ni Art student, bila cakap pasal art, belanja dia banyak sikit(banyak banyak) daripada pelajar lain yang ambil kursus lain, aku kena beli bahan-bahan nak buat assignment dan task aku, kursus aku tak banyak test, kitorang dapat markah berdasarkan assignment dan task kitorang. Nak buat task, kena beli bahan, nak beli bahan, kena pakai duit banyak, nak pakai duit banyak, kena jimat duit(padahal aku keluar bandar dua kali seminggu), see the flow? Kalau aku basuh baju aku pakai mesin dua hari sekali, aku akan belanja hampir RM15 seminggu! RM15 aku boleh beli 3 keping model making board, atau 10 keping mounting board, atau 4 botol chinesse ink, atau sekotak pensel art(2H-8B), atau sebatang setengah marker pen, atau dua gulung newsprint, atau segulung cartridge paper, atau untuk TopUp. Lagi-lagi aku student Part One, lagilah banyak belanja, nak bayar itu, nak bayar ini, nak beli itu, nak beli ini. Setakat ini aku dah belanja hampir RM2000 untuk jumpstart proses pembelajaran aku kat UiTM, dan aku belum lagi beli lappy untuk buat assignment, research,
Pasal ampaian tuh, bilik aku tiada ampaian sendiri, jadi terpaksa menumpang ampaian orang lain, orang lain pun nak pakai ampaian jugakan? Pastu aku ceroboh pulak ampaian depa, woah, ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan penghuni blok Malinja, kalau aku pun aku marah. Lagi-lagi aku nih jenis yang segan
Satu lagi masalah yang aku hadapi. Burung. Aku bukan anti burung ke apa, aku kalau boleh nak jadi macam burung, ada sayap, boleh terbang ke mana-mana, takyah naik teksi, naik bas, KTM, just fly there. Bestnyer.... Walaubagaimanapun, burung terutamanya burung merpati suka berak di merata-rata tempat. Lagi-lagi tempat dia hang out tepat-tepat kat atas ampaian, baju-baju kitorang yang bersih lagi suci lagi wangi menjadi target practice kaum burung ini ye kawan-kawan. Baju aku berkemungkinan lagi kotor daripada sebelum aku sidai baju aku. Sebelum ni tiada najis, sekarang ada! WOI....! Aku kalau boleh nak lastik sahaja burung-burung tuh dan panggang, atau bagi kucing makan, biar puas hati aku. Pihak pengurusan kolej pulak tak terdaya nak buat apa-apa pasal burung ni, bolah kawan-kawan bayangkan, orang dewasa yang telah berkeluarga tidak mampu nak buat apa-apa pasal burung merpati. Dalam erti kata lain, the birds are smarter. WTF....! They are mere birds, they dont even so much as posses even the slightest hint of a mind, and yet the birds outsmart fully grown adults for the past 10 years...! Bagus sangatlah tuh.
Post ini dipenuhi hiperbola bukan? YAY....!
-.-
- Posted using BlogPress from my iPod touch.
No comments:
Post a Comment