Sunday, June 5, 2011

aiman...? v2.6.2

Pejam celik pejam celik sekarang aku dah masuk U, fuh, macam cepat sangat jak, lagi 5 tahun aku akan bekerja, pastu apa lagi, cari bini ar, atau cari bini dulu...? Hmmmm.... Tengok rezeki ler...

Anyway, sekarang aku kat UiTM Merbok, Kedah. Fuyoh jauhnya dari ketiak mak aku... Masa perjalanan nak datang sini dalam 5 jam, habis kebas punggung aku yang terlebih mantap nih, tapi mengejar ilmu punya pasal, aku sanggup berhijrah, walaupun aku berasa berat hati yang teramat sangat untuk meninggalkan rumah kesayanganku, dan semestinya isi kandungan dia sekali. Ayah aku pesan, kat Kedah karang, belajaq bahasa utara, mana taknya, dia pun orang utara, Penang mali, aku sebenarnya ok sahaja, tapi dia macam beria-ria nak aku belajaq loghat utara nih, aku buat sahaja ler.




Nih aku nak perkenalkan member baru aku yang merangkap guru bahasa aku. Dia Mukti, nama yang amat unik, first time aku dengar nama nih, and the best part is, dia pun mereng macam aku, cuma tak semereng aku, belum lagi kewt. Kita tengok dulu... Loghat utara dia Masyaallah pekat, first time aku kenal dia, I find him rather repulsive, aku tak faham apa dia cakap, hampir semua perbualan berakhir dengan frasa 'apa, tolong ulang balik, aku tak faham apa ko cakap' Kalau dia bercerita, dia dah gelak dulu, aku pulak baru nak loading, tak pernahlah aku lumpy dalam perbualan aku dengan hamba Allah yang lain. Sekarang, misscommunication masih berlaku, tapi semakin kurang, aku dah start gelak dengan lawak dia yang takdalah lawak sangat... Shhh... Jangan beritahu dia...

Aku ambil Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Perindustrian), agak panjang nama kursus aku, jadi kitaorang pendekkan jadi DIDE, Diploma in Industrial Design, di bawah naungan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, atau Art and Design, shortform dia AD, jadi kalau aku cakap AD tuh, maksud dia Art and Design lah. Jadi sekarang aku nih budak senilah. -.- Entahlah, aku nih bukanlah berseni sangat, mungkin bahasa aku berbunga-bunga sikit, sikitlah, lebih daripada orang lain. Kot. Tapi nak jadi designer, kenalah belajaq basic seni, aku suka belajaq benda baru, so bring it on butch...!


Hasil kerja aku, garisan tuh buat free hand, tapi nak lurus, inilah yang paling lurus aku mampu buat, apakan daya, aku dah terbiasa dengan I-Square dan Board LK.

However, the worst part of being an AD student is, duit keluar macam air. So far aku dah spend hampir RM1000 untuk beli bahan dan alatan. Tuh tak campur makan lagi tuh, mampuih aku, makan kulit kayu rebuslah aku. Aku anggap masalah duit nih sebagai satu cabaranlah, kita kenalah positifkan...? Haih...

Cara balajar kat sini best, banyak masa lapang, kelaskan tak straight macam kat sekolah dulu, belajar 2 jam, pastu lepak 2 jam, kelas 3 jam semula, lepak lagi, best ar, tak packed macam sekolah dulu. Kat sini boleh keluar kampus sesuka hati, curfew pukul 10.30pm, so kena balik kolej sebelum masa tuh ler, ok lar, aku paling suka hari Rabu, sebab kelas aku tamat pukul 12 tengah hari, free sampai esok, boleh keluar tengok wayang, wayang pun murah kat Sungai Petani, hari rabu rm5, yay...! Tapi setakat nih aku tak keluar lagi ler, duit banyak pakai nak belajar, tak boleh enjoy... Redha jak lah, kamu nak belajarkan aiman...? Bukan nak enjoy, enjoy sikit-sikit sudahlah.

Okay, assalamualaikum, later peeps.

>.>


- Posted using BlogPress from my iPod touch

Location:Persiaran Universiti,Merbok,Malaysia

3 comments:

  1. HAHA ! murah gler wayang 5rgt je ! jom ah tgk transformer 3.. =D

    ReplyDelete
  2. Homg Homg Homg ! Aku pun dapat UiTM Merbuk

    ReplyDelete
  3. Zaim: Apa lagi, tengok dua tiga kali ar...!
    Qayya: YAY...! Course apa, bila masuk...?

    >.>

    ReplyDelete