Friday, May 20, 2011

19 jam lagi.

19 jam lagi untuk apa...?

Untuk buka langkah pergi ke Sungai Petani, Kedah.


Ke Sungai Petani buat apa...?

Untuk meneruskan pelajaran di peringkat universiti.


Apakah yang akan anda belajar di situ kelak...?

Saya akan belajar kursus Rekabentuk Industri.


Rekabentuk Industri? Apa itu...?

Lebai google sudi membantu, ringankan tulang cari sendiri ya.


Alah, tak sporting lah kamu nih aiman...?. Bagilah tahu.

Baiklah-baiklah. Rekabentuk Industri ni, atau dalam bahasa penjajah dia, Industrial Design adalah gabungan ilmu sains gunaan dan senireka. Alah macam rojaklah.


Kami tak fahamlah aiman...?.

Senang cerita, aku (bakal) reka bentuk produk. Maksud aku dengan produk adalah semua benda yang kamu semua nampak, macam kerusi, meja, katil, lampu, kipas, hanset, tv, lappy dan berjuta lagi benda yang kita sebagai manusia yang hidup pada abad ke-21 gunakan. Semua benda tu perlu ada orang design kan, orang yang digelar Industrial Designer lah orangnya. Boleh faham...?


Luaskah pasaran kerja...?

Luas yang teramat sangat luas. Aku akan design semua benda yang kamu semua nampak, sentuh dan guna. Kalau arkitek reka bentuk rumah kamu semua, aku reka bentuk semua isi kandungan rumah tu. Okey...?


Oh, kini barulah kami faham.

Kalau sudah faham, baguslah. Kini kamu semua dipersilakan buat benda lain yang lebih produktif kepada ekonomi negara. Sekian terima kasih.

>.>

3 comments:

  1. Amaigaadddd-- ! Haha , finally Aku jumpa Blog Kau *Jangan buat muka annoying tu . Haha . Rindu Kau SIKIT je <3 Goodluck anyway ;)

    ReplyDelete
  2. Rindu sangat pun tak boleh...

    -.-

    ReplyDelete