Thursday, May 5, 2011

Kerja

Okay, post nih mengenai kerja yang aku buat selama ini dan pandapat aku tentang 'kerjaya' sambilan serta mereka yang menjadi isi kandungan Pasaraya Parkson Ria Rawang.

Sebenarnya aku malas nak minta kerja di Parkson, yelah, masa tu mentaliti aku mengatakan kerja promoter nih untuk kaum hawa, yelah, kerja nih tak pakai banyak tenaga, dari segi fizikal dan mental, terutamanya mental. Tapi, mak aku dok desak-desak, last-last aku ikot jer lah cakap mak aku.

Aku ingat lagi hari aku minta kerja di pejabat Parkson, hari tu hari Khamis, awal-awL plan nak keluar hari Isnin, tetapi banyak pula halangan dan rintangan, jadi hari Khamislah menjadi pilihan kalbu. Aku pakai baju kemeja polo berwarna hitam yang agak fit, dengan seluar jeans yang agak ketat. Agak kontroversi gaya pemakaian aku. Aku ajak member setaman perumahan aku, nama dia Fatin Nabilah, dia member aku sejak aku Form 2 lagi, memang aku selalu ajak dia kalo aku ada plan2 nak cari kerja. Dia pulak ajak member dia, Maya Farhah dgn Safarin. So dua couplemlah kitorg kuar cari kerja kat bandar.

Masa tuh akhir bulan 12, memang budak2 lepasan SPM yang tak menjadi mangsa PLKN akan cari kerja. Kitorg gi Pizza Hut, McD, Secret Recepi dan tempat2 yang sewaktu dengannya lar. Last skali kitorg singgah Parkson, mmg tuh lar port nak cari kerja kalo ko bosan2 masa cuti, Parkson perlukan ramai promoter part time, tapi bekalan promoter part time nih tak pernah nak cukup. Maya cerita, dia pernah try mintak kerja kat Parkson, tapi tak dapat. Dia nih kira temankan kitorg jer lah, tapi last2 dia isi borang sekali, siap kena interview on the spot agi.

Yang interview aku Kak Mas ngan Ah Teng. Kak Mas nih masa tuh kira Human Resource Officer lah, dia lah yang tapis sape yang bertuah kerja kat Parkson. Ah Teng nih permenant lama aku, masa aku kerja kat brand Winny dulu. Kali korg tak tau Winny jual apa, aku boleh maafkan korg, sbb aku dulu pun tak tau menahu langsung pasal brand Winny nih. Diorg berdua nih interview aku, tanya aku boleh balik malam ke, boleh ikut peraturan ke, alah benda remeh-temeh. Ah Teng mcm suka kat aku, sbb aku boleh cakap Mandarin, mudahkan dia lar.

Last2, Ah Teng cakap kalo dia nak aku, dia akan call. Abes mcm tuh jak interview aku nak cari kerja. Yang best nyer, lepas cari kerja, kitorg siap makan kat McD dan berkaraoke. Hari tuh first time aku berkarok, hilang teruna karok aku. :D Abes enjoy, mak Safarin hantar balek rumah, manja betul kitorg nih, mcm nih nak cari kerja...?

Lepas sampai rumah, seharian aku duduk tak jauh dari sekaki jarak dari hanset aku, org mengharaplah katakan... Hari Sabtu baru Ah Teng call aku, dia tanya bila boleh start kerja, aku jawab bila-bila pun boleh. Dia mintak aku masuk kerja 3hb Januari 2011, sama ngan hari pertama budak skolah balik ke skolah. Aku bajet cool jak masa ckp dlm telefon, padahal dalam hati, melompat kegirangan, kerja pertama aku bhai, mesti excited kan. Hari Ahad tuh aku turun Parkson lagi, kali nih nak shopping seluar slack, seluar slack lama aku dah ketat. Keesokan harinya, aku start kehidupan aku sebagai seorang pekerja, bukan lagi pelajar.

Petang hari Isnin tuh, aku gi Parkson ngn Maya, Safarin start keje pagi, Fatin tak dapat sebab transport problem, padahal dia boleh tumpang aku. Kitorg masuk training room, dalam bilik tuh dah ada ramai gak promoter baru. Kak Mas suruh kitorg sign surat, kontrak, dan yang sewaktu dengannya, dan buka sesi soal jawab, macam2 soalan Kak Mas kena jawab, dan kitorng dibawa ke bilik locker untuk pilih locker yang menjadi pilihan kalbu, pastu dia bawak kitorg di kaunter masing2.

Kaunter Winny kat tingkat 2, kat Home Furnishing Department. Dalam erti kata lain, kat hujung ceruk Parkson. Kerja berbayar rasmi aku adalah cabut pricetag lama cadar, simple giler kan, tapi bilangan dy, fuh...! Bukan satu, bukan dua, tapi 5 bin beb, tapi puas sebab kerja bergaji pertama aku kan, gaji pun not bad, sejam RM4, sehari minimum 6 jam, maximum 10 jam, do the maths people. Paycheck pertama aku agak tertunggak, tapi agak besar nilai dia bg aku lar, yelah, aku nih bukan anak orang kaya, aku anak orang miskin, nak tengok duit banyak nih jangan mimpilah, apatah lagi memegang kan...? Gaji pertama aku berjumlah RM1198.75. dah abes pun duit tuh, aku beli iPod yang aku gunakan nak buat semua benda sampai menggantikan PC, nak update blog pun aku pakai iPod taw, malas cheq nak bawak keluar laptop tuh, banyak sangat cekadak dia.

Masa kat brand Winny dulu aku tak banyak kawan, yelah, dok kat tingkat atas, ramai dak SPM dok kat tingkat bawah, kira mcm terpulau ar budak2 tingkat atas nih, kitorg berjumpa masa nak gi rehat, gi solat dan gi tandas jak. Sekarang, aku kat tingkat bawah, brand Alain Delon, department aku Gents, department paling point kat Parkson nih. Mana taknye, kitorg lah yg paling bising, paling keriau, paling degil, paling suka lari kaunter, paling happening, dan paling best. Kat Gents, aku ada ramai kawan, dan semua pun kepala gile gak, walaupun ramai yang akan meninggalkan Parkson tak lama lagi, termasuklah aku...! T_T secara jujurnya, time aku kerja kat gents time aku paling happy, jarang ar aku bosan mcm dulu kat tingkat atas,

1 comment:

  1. :')
    seronok gila bekerja !
    especially dekat GENTS DEPARTMENT
    degil degil belaka !
    but that will be the most sweet memory in my life !
    arigato gozaimas members :')

    ReplyDelete